Ciri-ciri Wikipedia bahasa Indonesia

Bahagian "Peristiwa terkini" muncul pertama kalinya pada 14 November 2004 dengan judul "Berita Utama". Sebelum adanya bahagian tersebut, terdapat bahagian "aktualitas" dengan pautan-pautan ke rencana mengenai topik-topik yang sedang hangat dibincangkan. Bahagian "hari ini dalam sejarah" pertama kali ditulis pada 14 Disember 2004. Bahagian ini berisi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah yang terjadi pada tanggal tersebut. Bahagian "hari ini dalam sejarah" secara automatik berganti setiap hari.

Bahagian "Artikel Pilihan" dalam format sekarang ini diperkenalkan pada 21 Disember 2004 melalui pemilihan rencana Arsenikum. Sebelumnya telah ada bahagian dengan "artikel pilihan", namun format yang digunakan hanyalah berupa pautan-pautan ke beberapa rencana pilihan tersebut. Penggantian rencana pilihan awalnya tidak teratur tetapi sejak 18 Jun 2006, rencana pilihan sudah diganti secara bergilir-gilir setiap 10 hari.

Ciri-ciri "Gambar pilihan" pertama kali muncul pada 19 Disember 2005, menampilkan sebuah gambar yang dianggap merupakan gambar pilihan dan diganti secara automatik setiap minggu. Ciri-ciri terakhir dari Wikipedia yang ditambahkan ialah ciri-ciri "Tahukah Anda?" yang mulai ditulis pada 9 Jun 2006. Ciri-ciri yang berisi trivia-trivia ini diganti secara automatik setiap hari.